Minat yang mendalam

Semangat yang tinggi.

Nur Kasih Bakeri

Bermula dengan minat
yang mendalam

Facebook Nur Kasih Bakeri
NUR KASIH BAKERI ialah perniagaan yang membuat dan pengedar produk berasaskan bakeri seperti aneka jenis kek,biskut, roti dan donut . Perniagaan ini di wujudkan demi untuk menjana pendapatan dan menampung keperluan anak-anak yatim dan asnaf di bawah Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih. Premis perniagaan yang dipilih terletak di lokasi yang strategik di kawasan pinggir bandar Klang. Kami telah menjalankan perniagaan ini selama 4 tahun bermula pada 9 Mac 2016.

Kami telah berusaha mengumpul wang daripada sumbangan orang ramai dan telah berjaya membeli 4 buah oven,3 buah heavy duty mixer dan beberapa peralatan lain yang berkenaan.

Ini adalah sebahagian daripada langkah yang dilakukan untuk mendapat dana bagi menampung keperluan anak-anak yatim dan asnaf di sini.

Kelas membuat roti di bakeri Nur Kasih Klang. Bersama kawan-kawan dan keluarga.

Latihan amali
Facebook Nur Kasih Bakeri

Hasrat kami untuk menyediakan produk dan perkhidmatan berasaskan bakeri yang halal untuk pelanggan beragama Islam juga telah menjadi pendorong kepada kami untuk menceburi bidang perniagaan yang kebanyakannya dipelopori oleh kaum bukan bumiputera. Seterusnya, kami juga dapat menyumbang kearah peningkatan bilangan bumiputera yang menceburi bidang perniagaan yang mencabar ini disamping dapat mewujudkan peluang pekerjaan kepada bumiputera yang lain.

Misi & Visi Kami

Memastikan orang Islam mempunyai pilihan alternatif dalam membeli produk berasaskan bakeri yang diyakini halal. Berlandaskan motto ”BERSIH DAN DIYAKINI” , ianya dapat menarik minat konsumer daripada kalangan orang Islam khususnya membeli produk yang dijual tanpa was-was. Selain daripada itu, ianya dapat meningkatkan lagi peratusan orang melayu menceburi bidang yang selama ini dimonopoli oleh bangsa lain.

  • 1
    Kepelbagaian

    Membuka sebuah kedai roti dan kek popular yang menawarkan kepelbagaian dari segi rasa dan bentuk

  • 2
    Jualan Secara Online

    Membuka sebuah kilang membuat pelbagai jenis donut untuk jualan secara online.

  • 3
    Kedai Keperluan Kek

    Membuka sebuah kedai yang menjual barang-barang keperluan membuat kek dan roti yang dijual dengan harga yang murah.

  • 4
    Latihan & Kursus

    Mengadakan latihan dan kursus membuat roti dan kek kepada usahawan-usahawan lain.