Maahad Tahfiz Nur Kasih menawarkan pengajian hafazan Al-Quran secara percuma kepada anak-anak yatim, mualaf , dan anak-anak fakir miskin. Namun ada juga menawarkan pengajian Hafazan Al Quran yang berbayar untuk golongan yang mampu membayarnya.

Setelah 4 tahun beroperasi, sekarang sudah melahirkan pelajar-pelajar yang telah khatam 30 juz AL Quran dan ada yang sudah melanjutkan pelajaran ke Istanbul, Turki.

Sasaran kami bukan sahaja melahirkan pelajar yang hafal Al Quran tetapi dapat mempraktikkan pengajaran Al Quran dalam kehidupan seharian mereka sehingga akhir hayat mereka.

Namun bukan semua anak-anak cemerlang dalam pembelajaran, mereka yang tidak mampu menghabiskan hafalannya, kami sediakan kemahiran yang asas supaya mereka dapat meneruskan kehidupan dengan asas perniagaan seperti Nur Kasih Bakeri, nur kasih Charity Shop, Nur Kasih Katering dan Nur Kasih Agrotech.

Ikuti Bacaan Live di
Facebook Page Kami

Setiap hari jam 10.30 pagi
Lawati Facebook

Hulurkan Sumbangan

Maahad Tahfiz Nur Kasih

Maybank 
562469315993

 

CIMB Bank

8602529808

Sila SMS / Whatsapp nama, alamat dan jumlah sumbangan.

Keterangan lanjut, sila hubungi :

Haji Zubir              012-388 6304 / 013-274 9579
Hajjah Maryam    013-274 9573


Email                      tahfiznurkasih@gmail.com