Pelbagai Menu

Projek Sedekah Jumaat

Nur Kasih Katering

Kami menyedia pelbagai
menu dengan harga yang
mampu dibayar oleh
para penyumbang.

Biasanya ramai penyumbang akan datang membuat program bersama anak-anak yatim. Mereka akan membawa makanan dan makan bersama anak-anak di sini. Ada juga yang upah katerer memasak untuk mereka dan katerer akan datang membawa makanan ke asrama. Di sinilah kami membuka peluang kepada para penyumbang supaya mereka menggunakan khidmat katering dengan Nur Kasih Katering. Kami menyedia pelbagai menu dengan harga yang mampu dibayar oleh para penyumbang. Di sinilah timbul idea untuk kami menyediakan pakej-pakej untuk para penyumbang kami dari harga serendah RM5.00 – RM15.00 per pax, bergantung kepada menu yang kami sediakan.

Projek Sedekah Jumaat

Nur Kasih Katering membuat Projek Sedekah Jumaat, dimana kami akan kempen untuk menggalakkan masyarakat bersedekah pada hari Jumaat. Sedekah yang di kumpulkan itu akan kami gunakan membeli barang untuk kami masak nasi dan lauk yang kemudiannya nasi dan lauk ini akan di agih-agihkan ke rumah anak-anak yatim, madrasah, maahad tahfiz atau ke masjid sewaktu solat Jumaat.
Ingin Menyumbang?

Biasanya setiap hari Jumaat kami dapat memasak sehingga 1000 pax makanan yang kemudiannya kami agihkan sekitar kawasan seperti Sungai Buloh, Bandar Sri Damansara, Rawang, Shah Alam, Puncak Alam, Meru dan Klang.

Hulurkan Sumbangan

Pertubuhan Kebajikan & Pendidikan Nur Kasih

Maybank
512110036832

Sila SMS / Whatsapp nama, alamat dan jumlah sumbangan.

Keterangan lanjut, sila hubungi :

Haji Zubir              012-388 6304 / 013-274 9579
Hajjah Maryam    013-274 9573


Email                      tahfiznurkasih@gmail.com